Wednesday, December 31, 2008

welcome 09!


Happy New Year everyone! Sekarang ni dah menjelang tahun 2009. Banyak kenangan manis dan pahit yang kita lalui sepanjang tahun 2008. Tahun baru dan azam baru. Tapi untuk mencapai azam tu, kita kenalah usaha juga kan? Merata-rata kawan-kawan kita celebrate New Year semalam. Semalam aku, Zul, Afiq dengan Baby sambut sama-sama kat Pavilion. Mula-mula kami bercadang nak pergi sambut kat Capsquare, tapi mcam dah lambat, takut jam teruk la. Takpe lah. Pavilion pun alright gak walaupun takde bunga api. Macam-macam show ada. Babut sarkas ada, orang lompat-lompat ada, pancaragam ada. Best gak la. Tapi yang tak syok, cuma kami berempat je yang pergi, yang lain-lain semua sambut kat tempat masing-masing. Tapi takpe la. Kami jalan-jalan kat BB dulu sementara tunggu pukul 12 tu. Dah habis jalan-jalan, kami lepak balik kat pavilion. Time tu baru start badut-badut tu semua. Macam-macam gelagat la. Orang ramai gila kat pavilion semalam. Budak-budak sekolah lagi la ramai. Dorang nak enjoy dulu kot sebelum sekolah start balik. Bila pukul 12 menjelang. Semua orang bersorak. Boleh nampak mimik muka dorang yang gembira. Hehe. Walaupun Pavilion takde bunga api. Tapi dari situ kami boleh nampak bunga api juga. Bunga api dari KLCC dan dari BB. Dah habis bunga api semua, kami gerak balik. Nak keluar dari area bb tu memang sesak gila. Mat rempit berlumba-lumba. Lama juga la kami tunggu dalam kereta untuk keluar. Bila dah keluar tu, rasa macam jalan semakin renggang. Kami nampak budak-budak ramai-ramai jalan kaki balik rumah. Perempuan pun ada. Berani gila dorang tu. Tapi takpe la. Nak enjoy punya pasal an. Hehe. Dalam pukul 2 camtu, aku sampai rumah. Anyway, Happy New Year friends!

Thursday, December 25, 2008

Happy Anniversary Mira..

DECEMBER 2007
JANUARY 2008
FEBRUARY 2008
MARCH 2008
APRIL 2008
MAY 2008
JUNE 2008
JULY 2008
AUGUST 2008
SEPTEMBER 2008
OCTOBER 2008
NOVEMBER 2008
DECEMBER 2008


NATASYA AMIRA,

12 gambar ni bukti/saksi yang menujukkan setiap bulan dalam setahun ni
kita bersama. Sayang, HAPPY ANNIVERSARY! Saya harap hubungan kita kekal sampai bila - bila and kita akan sentiasa kuat menempuhi semua dugaan - dugaan yang kita bakal terima lepas ni. Saya nak ucapkan terima kasih banyak - banyak sebab sempurnakan hidup saya selama setahun ni. I love you so much sayang. I love you forever and remember that until your last breath. Saya juga ingin minta maaf kalau saya buat kamo marah or kecik hati selama setahun kita kenal ni. Semua tu tak di sengaja kan. Selama ni kamo banyak bersabar dengan saya, layan kerenah saya, tolong saya. Senang susah kita tetap bersama. Once again, thanks sayang! I love you. Walaupun kita tak dapat celebrate sama - sama anniversary kita yang pertama ni, kita akan tetap pergi sambut sama - sama nanti bila kamo balik sini ok? I will wait for you sayang. Like i always do. Saya tkde ni dont be naughty ok? Looking forward to see you and have a great time with you again. Take care. I miss you! And HAPPY BIRTHDAY darl!

xoxo
-MOHAMMAD ZAID-

ho ho ho, MERRY X'MAS!

Hari ni Christmas! Semua orang yang beragama kristian happy lah dapat beraya. Tapi aku sure ada juga orang bukan kristian sebok nak beraya juga. Konon konon malam Christmas dorang semua boleh buat macam mana orang kristian buat la. Minum arak la, berasmara dana la.. haha.. macam-macam la. Lagi seminggu college aku dah start register. Aku tak sabar nak tunggu. Sebab time tu semua member - member aku dah balik, termasuklah Mira. Sebulan lebih jugak lah tak jumpa depa - depa nih. Rindu pun ada. Walaupun dah sebulan lebih. Tapi hari ni baru la aku balik rumah family aku ni. Bukan aku tak nak balik awal, tapi banyak benda aku nak settlekan kat Shah Alam tu dulu. Tapi at last aku balik juga! Kalau korang tak taw, selama ni aku tunggu 25 disember ni bukan sebab aku nak sambut christmas, tapi hari ni merupakan anniversary aku dengan Mira yang pertama. Tapi sayang, kami tak dapat celebrate hari ni sebab dia balik kampung. Tapi aku dah janji dengan dia nak bawak dia pergi dinner. Hehe. First time sambut anniversary. Memang nervous pun ada, tak sabar pun ada. Tapi apa - apa pun, MERRY CHRISTMAS AND HAPPY HOLIDAY!

Friday, December 12, 2008

10 hari mencari cinta...

28/11/08

Malam ni pukul 10.30 bas aku gerak dari shah alam ke Alor Star. Aku sangat excited, tapi dalam hati of course la nervous gila babi, ye la, nak balik kampung Mira, nak kena jumpa whole family dia for the first time. Haha. Tapi aku berlagak konon-konon cool. Macam tak rasa apa-apa. Ok la, dalam bas tu aku duduk sebelah Mira. Kami sembang-sembang. Last-last kami sama-sama tertidur. Sedar-sedar je da sampai kat Alor Star. Kami turun bas, tunggu mama Mira amik. Bila dia sampai, kami pergi makan kat mamak. Aku tak pernah makan nasi kandar seawal pukul 5pagi. Tapi makan jugak lah. Lepas makan, mama Mira cakap nak balik kampung diorang kat Kodiang. Hah! Lagi la aku nervous. Sampai-sampai da kena tidur kat kampung dia. At least bagi aku sesuaikan diri kat rumah dia dulu. Aku tak expect langsung macam tu. Takpe la. Aku ikut je. Sampai je kat Kodiang, diorang semua tengah tidur lagi, tapi semua bangun bila kami sampai. Untuk pagi tu, diorang suruh aku tidur kat sofa bed kat hall. Bangun-bangun dah pukul 10. Aku mandi cepat-cepat, pastu Mira ajak aku pergi teman dia cari barang untuk wedding aunty dia. Sambil tu dia bawak aku jalan-jalan Alor Star. Malam tu, diorang sambung buat pelamin. Aku pun tolong la diorang pasang pelamin tu walaupun aku tak reti, tak pernah buat pun...


29/11/08


Hari ni hari perkahwinan aunty Mira. Aku bangun dalam pukul 10, siap-siap, aku lepak kat tepi pintu. Tiba-tiba cousin Mira,(kami penggil dia pakcik), tegur aku pastu ajak aku teman dia ambil barang kat restoran dia. Tapi mula-mula kami pergi ambil girlfriend dia dulu, pastu baru pergi restoran dia.Dah settle semua, kami lambat balik Kodiang balik. Nasib baik masa kami sampai tu pengantin lelaki belum sampai. Aku terus ambil camera and get busy. Sampai la petang aku ambil gambar. Letih jugak la. Dah malam tu. Kami mandi-mandi dan kami plan nak keluar tengok movie. Bila kami dah siap-siap, ada pula orang datang. Dia ingat kenduri MakJang (aunty Mira) sampai malam kot. Tapi Mira tetap layan diorang jap, pastu kami cabut tros dengan plan kitorang tu. Tapi kami tak jadi tengok movie. Kami jalan-jalan pergi uptown pastu pergi bundle rm1 nak cari baju aku untuk kenduri belah lelaki pula. Semua barang kat bundle tu rm1! haha.


30/11/08


Hari ni kenduri kat rumah PakJang (uncle baru Mira) pula. Semalam jalan-jalan tu tak jumpa jugak baju. Pagi-pagi aku tengok Mira dah taruk baju abang dia kat atas katil aku untuk aku pakai. Kami balik Kodiang dulu, ambil barang-barang hantaran, pastu terus shoot pergi rumah PakJang. Sampai rumah PakJang, aku keluar kan camera and get busy lagi. Last-last letih. Lepak-lepak kat bilik pengantin dengan family Mira. Pastu aku kenal-kenal la dengan cameraman wedding MakJang tu. Dalam pukul 5 lebih kami balik. Sampai rumah Mira, dia mandi-mandi, terus turun tolong kat kedai. Aku pula boleh tertidur. Dalam 8.30 tu aku terbangun. Mandi-mandi, aku pun turun. Temgok-tengok ramai gila orang datang makan. Aku pun tolong la apa yang boleh tolong. Setakat hantar makanan tu aku dah biasa. Boleh la aku tolong gak.


1/12/08


Dah settle wedding MakJang dan PakJang, hari ni kami rest puas-puas. Mira tidur sampai pukul 1. Kami mandi-mandi, pastu makan-makan. Keluar cari barang untuk restoran, malam tu tolong diorang lagi. Tapi malam ni tak ramai sangat orang datang. Tapi malam ni aku merasa makan udang goreng tepung yang terbaik!


2/12/08


Hari ni pun tak buat apa-apa. macam semalam juga. Malam tu aku tolong sikit-sikit la kat restoran. Tapi tengah-tengah tolong kat restoran tu, ada pula perselisihan faham antara aku dan Mira. Aku dah mula rasa lain. Malam tu sebelum tidur, kami bukak youtube tengok ' Upin dan Ipin " sebab adik dia nak tengok. Tengah syok-syok tengok tu, sedar-sedar Mira drngan adik dia dah tidur. Aku kejut Mira suruh dia tidur kat bilik mama dia. Tapi sebelum dia masuk bilik, aku tanya dia samada dia selesa atau tak sepanjang aku ada kat rumah dia tu, sebab aku tengok dia macam dah mula rasa tak selesa aku ada kat situ.


3/12/2008


Pukul 11 lebih aku bangun. Aku tak pasti Mira dah bangun ke belum. Aku call la dia nak make sure. Lepas tu dia angkat, dia suruh aku siap-siap. Nak keluar. Aku pun siap-siap la. Kami keluar jalan-jalan. Kami semua pakat nak beli selipar untuk pergi Langkawi nanti. Dah settle beli semua, kami balik. Dalam pukul 8 cam tu, aku turun balik, lepak-lepak kat restoran.


4/12/2008


Hari ni tak buat apa-apa pun, aku, Mira, dengan Miya (adik Mira) pergi leminate menu yang baru hari tu. Lepas tu kami masing-masing haus, kami pergi cari cendol. Then kami pergi cari tiket bas untuk aku balik Shah Alam Ahad ni. Dapat tiket pukul 9 pagi. Awal gila! Haha. Dah settle semua, kami balik, tolong-tolong kat restoran lagi malam ni. Tapi malam ni pun tak busy sangat la. Malam ni kami tidur awal sikit. Sebab esok pagi kami nak pergi Langkawi!


5/12/08


Pukul 5 pagi kami dah bagun. Tapi kami rush gila pagi tu. Aku punya la rush, sampai camera aku pun aku tertinggal. Aku dah risau Mira bising kat aku nanti. Hehe. Kami cepat-cepat bawak barang masuk dalam kereta. Terus pergi Kodiang. Jumpa MakJang dengan PakJang kat sana. Siap-siap semua, kami gerak pergi jeti. Amik feri dekat Kuala Perlis. Jumpa PakNdak and family kat jeti je. Sampai-sampai Langkawi, kami breakfast, cari kereta yang kami sewa tu, then pergi jalan-jalan dulu, sebab hotel pukul 2 baru check in. Kami pergi tengok pinggan mangkuk semua. Siap pergi Galeri Perdana tu. Lepas tu kami makan-makan. Then pergi check in. Aku, Mira, dengan Miya tuka-tuka baju, then terus turun pergi swim. Pastu petang sikit baru diorang turun. Malam tu kami makan roti bom dengan nasi apa entah. Tapi sedap gak. Then kami jalan-jalan. Macam-macam diorang beli. Mira belikan aku seluar mandi yang bunga-bunga tu. Warna kuning tu dia belikan! Aku ingat malam tu nak ajak Mira lepak-lepak tepi laut. Sebelum aku balik konon-konon nak spent time dengan dia la. Sebab kami jarang sangat dapat duduk berdua and sembang-sembang. Tapi dia tak nak. Dia cakap mesti Mama dia tak bagi punya. Takpe la. Then kami balik hotel. Aku tidur sebilik dengan family Mira.


6/12/08


Pukul 9 pagi Mira kejut aku, suruh aku basuh muka and gosok gigi, sebab PakJang ajak pergi mandi laut. Aku pun pergi la cepat-cepat. Pakai seluar baru yang Mira belikan tu. Dia pun pakai baju dengan seluar yang dia baru beli. Kami mandi laut, lawan-lawan ombak semua. Hehe. Kami breakfast dekat situ-situ jugak. Lepas breakfast tu kami siap-siap pack barang and check out! Diorang semua pergi sambung shopping sebelum naik feri pukul 5.30. Dah settle shopping, kami naik feri pergi Kuala Perlis balik pastu kami pergi balik Kodiang dulu, sebab barang-barang semua dah campur-campur. Bila dah habis ambil-abmil barang balik. Kami pun balik rumah Mira balik. Mama Mira dengan Miya dah letih gila. Sampai-sampai rumah, diorang tidur terus. Kesian diorang. Mira pergi tolong-tolong dekat restoran pula balik tu. Aku pun turun juga la. Sebab aku tak tahu nak buat apa. Lepas tu Padin pula datang. Aku pun lepak la dengan dia. Sampai pukul 2 juga la kami lepak. Then kami naik atas. Aku lepak dengan dia jap sebelum dia masuk tidur. esok pagi nak kena bangun awal pula.


7/12/08


Hari ni pukul 7 pagi aku bangun sebab bas aku pukul 9 nanti. Aku siap-siap semua. Pack barang aku. Aku kejut Mira. Aku pun tunggu dia siap. Sementara nak tunggu dia siap tu. Aku buat la apa-apa yang patut. Then kami pergi breakfast, pastu terus pergi terminal bas kat Jitra. Pukul 9 lebih bas tu jalan. Aku sedih gila time tu. Selalu nya Mira yang kat atas bas, aku lambai dia dari bawah. Tapi pagi ni aku kat atas, Mira pula yang lambai aku dari bawah....



Mira, selama 10 hari saya ada kat sana, saya harap kamo maafkan saya kalau saya ada buat kamo marah or kecik hati or anything. And thanks for everything syg. Thanks sebab bagi saya peluang untuk paham kehidupan kamo kat sana. Selama ni saya tak pernah tahu pun macam mana. Saya respect apa yang kamo buat sekarang untuk family kamo. Kamo kuat. Thanks to your family ok? Kirim salam kat diorang. Halalkan makan minum saya kat sana. hoping to see you next month. Nanti kita celebrate anniversart kita bila kamo balik k syg? ilysm syg...

Tuesday, December 2, 2008

JULY/2007/2008

Sekarang aku dah habis semester 4. Tapi aku masih belum rasa lega. Kalau ditanya kenapa, pasti budak-budak kelas aku akan jawab benda yang sama. Sepanjang sem ini, macam-macam dugaan yang kami terima. Termasuklah assignments kami kena reject. Tapi paling sakit bila assignments tu kena reject last-last minutes. Bila kena reject last-last minute, kelam kabut la kami semua, dengan duit pergi print gambar lagi. Sampai satu tahap tu aku dah hampir give up. Aku hampir give up sebab assignment aku kena reject semua last minute, bila aku nak re-shoot balik assignment tu, lecturer aku boleh buat palat pulak. Aku bangun pagi-pagi semata-mata nak guna studio nak shoot assignment dia, tapi boleh plak dia maki-maki aku. Seolah-olah dia nak patahkan semangat aku, sepatutnya dia bina semangat aku! Tapi nasib baik la bila saat-saat aku almost give up hari tu, member-member aku nak pergi hantar assignment diorang, lepas tu diorang lepak studio dah tolong aku siapkan assignment aku. Thanks a lot weh kat korang yang tolong aku hari tu. Khairul, Bob, Bal, thanks sangat-sangat kat korang. Tapi macam mana pun, aku tak pernah lupa untuk berterima kasih kat Mira. Dia yang tak pernah putus-putus untuk tolong aku dari awal perkenalan, sampai la hari ni. Dia banyak mengajar aku. Dia selalu ada untuk tolong aku. Dia jadi model aku, dia jadi mak andam untuk model-model aku yang lain, dia teman aku pergi print assignments aku sampai seksyen 24 naik motor. Thank you very much sayang! You know you are my everything...

Thursday, October 9, 2008

ibu kota cinta.

Hari ni aku kelas petang.Tapi awal-awal lagi Mira dah call aku cakap kelas dia cancel hari ni.Suka la dia *hehe*.Dia call aku cakap geng-geng dia ajak keluar pergi KL.Aku dah mula berbelah bagi sebab aku sepatutnya ada kelas petang tu.fikir-fikir balik,terus aku buat keputusan untuk ikot diorang pergi KL.Ponteng kelas aku.Diorang cakap nak pergi kareoke kat Red Box kat SOGO.Aku tak minat sebenarnya kareoke ni.Tapi untuk Mira,aku tak kisah,aku teman je.Janji jangan suruh aku nyanyi dah la *hahaha*.Bila dah naik bas,kami rasa macam dah tak sempat,takut bas balik takde,so kami tukar plan pergi tengok movie kat Times Square.Kami tengok KAMI THE MOVIE.Best la cerita tu.Dari 5 bintang aku bagi 4!Lepas habis movie,kami pergi makan tapi aku dengan Mira tak makan sebab tadi masa movie kami dah makan banyak!Lepas makan diorang tetap nak kareoke!tapi bukan kat Red Box,kat KTV pula.Mira teman aku pergi jalan-jalan kejap.Aku nak cari perfume,takda pun yang berkenan.Kami pun join la diorang kat KTV.Aku pun dengar je la diorang nyanyi.Masing-masing ada bakat tersendiri *hehe*.Bagi aku,aku lagi prefer jamming dari kareoke,sebab aku nyanyi tak sedap.Dah settle kareoke,kami pun cargas pergi tunggu bas.Nasib baik lah bas tak penuh.kitorang semua dapat duduk!Sampai je Seksyen 2 hujan pulak.Kami amik la cab balik rumah,sampai rumah dah stop hujan *aiya*.




...........................................................................................................

Kuala lumpur - kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu,
hanya kau lah destinasi ku
Sangat sesak tranportasi
LRT ataupun teksi
Murah murah mata rambang
Penjenayah banyak peluang
Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu

Tuesday, October 7, 2008

ALKISAH....


Pukul 1.30.Girlfriend aku call.

Dia : Hello, kamo dah siap keje?
Aku : Hello, dah siap dah.Tapi saya balik kejap.Nak tuka beg.Nak bawak sketch book.
Dia : Huh? Dah balik? Tak mesej pon?
Aku : Dah mesej la.Takan tak dapat?Kamo kat mana ni?
Dia : Takde pun.Kat Khulafah ni.
Aku : La, tapi saya dah hantar tadi. Dengan sape je kat khulafah?
Dia : Takde pun. Dengan dorang ni la.
Aku : Ada la. Takan tak delivered kot?
Dia : Takpelah…

Aku pegi mandi,bersihkan badan,siap-siap nak pergi kelas pukul 2.30.Kat luar, hujan lebat gila.Langit pun gelap je.Sedih ke?Sambil siap.Aku fakir, “macam mana aku nak pergi kelas hari ni a? Aku kena pergi jugak,sketches tak tunjuk kat Kamarul lagi”.Dalam pukul 2.15 aku siap,aku turun bawah,aku call cab.

Aku : Abang, bole amik saya kat seksen 7 komersial tak?
Cab : Kat mana?
Aku : Molek.
Cab : Owh, ok.Tunggu kejap,saya dekat seksen 17 ni.
Aku : Ok.

Aku tunggu la cab tu datang amik aku kat bawah rumah.Aku cek phone aku nak tengok jam.Tengok-tengok dah setengah jam aku tunggu,cab tak sampai-sampai lagi.Aku keluarkan sketchbook aku dari beg,pastu aku sketch kerja yang Kamarul bagi.Tup tup tup.Aku habis sketch.Aku cek phone lagi.Dah hamper sejam aku tunggu cab.Tak sampai-sampai.

Aku tengok hujan pun dah tak lebat. Aku jalan kaki pergi tunggu bas kat tepi jalan.Bas pun tak sampai jugak.Tiba-tiba ada cab berhenti depan aku.Aku pun naik lah.

Bila sudah sampai kampus, aku kelam kabut naik kelas sebab aku ingat aku dah lambat. Masa naik tangga tu,aku terperasan satu poster ni dengan headline besar.
“PHOTOGRAPHY CONTEST”
Hadiah dia lebih dari RM17,000.Wow!Bukak-bukak pintu kelas,tengok takde orang.Call kawan aku,kawan aku cakap kelas batal…



Hahaha.Macam kesian je….

Monday, October 6, 2008

Student!

Aku merupakan seorang student Art & Design di sebuah kolej swasta di ibu kota.Hari-hari aku berdepan dengan macam-macam jenis orang dari latar belakang yang berbeza.Jadi,macam-macam ragam lah aku nampak.Ada yang segak-segak,cantik-cantik,kaya-kaya,bawak kereta mewah.Sedangkan aku,hanya naik bas mini.Pagi-pagi aku akan tunggu bas tepi jalan dengan girlfriend aku.Takpa lah.Belum rezeki kami untuk memiliki kereta.Takyah kata kereta mewah,kereta kancil secondhand pun sudah memadai *hehe*.



Bila aku sampai kat kolej aku,aku akan hantar girlfriend aku ke tangga yang berdekatan dengan kelas dia.Then baru aku pergi kelas aku.Sambil tunggu lecturer aku,aku sembang-sembang dengan classmates aku.Apa yang bezakan aku dengan dorang?ASSIGNMENTS.Dorang semua lengkap dengan assignment masing-masing.Tapi aku?

lecturer : You? Mana assignments?
aku : Belum siap lagi Puan..
lecturer : Kenapa?
aku : Sebab saya belum ada peluang untuk guna studio Puan.
Studio dah fully book..
lecturer : No excuses! I dont care.Manage yourself.Plus,datang class, sikat rambut!

huh??wtf?!

suasana..


Hari ni dah hari raya ke-enam.Dari apa yang aku rasa,aku tak rasa macam aku ni dah beraya kutip duit raya banyak-banyak macam dulu.Bukan sebab aku dah besar.Tapi mungkin sebab kita semua dah takda semangat raya kot.Yang kita semangat semua nak SHOPPING raya.Nak baju baru,seluar baru,semua baru la.Diri aku tak terkecuali dari fenomena ni.Tapi aku kesian gila dekat adik-adik aku yang masih bersekolah rendah.Aku tak rasa dorang dapat rasa suasana raya yang aku pernah rasa dulu.Main mercun,tolong pakcik-pakcik aku bakar lemang,yang ibu-ibu sebuk kemas rumah,depan rumah semua ada nyalakan pelita yang bekas plastik tu.Pelita buluh?Jauh sekali.Macam mana ye suasana Hari Raya bila umur aku dah cecah 50?
Hmm..

buzz! buzz!

Assalamualaikum korang!Aku harap korang-korang semua sihat-sihat belaka.Apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang semua .Aku kat sini cuma nak luahkan perasaan aku yang aku tak boleh luahkan dekat orang lain untuk menjaga perasaan semua orang.Thanks korang! :)